Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian
itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam
perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid,
tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq…
walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan
tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga
bukan?..
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]
Hati
si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi
pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah harapnya) .. mana mungkin
pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri)
dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang..
ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan
makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya
Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari
perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..
“Katakanlah,
“ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu,
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu
khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
Oh tidak!! Aku tidak
mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih
besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah
diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn
cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering
ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah
diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg
teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan
juang??..sanggupkah???
Ya Allah…
Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri
ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri
Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan
pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn
setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap
Allah dan Rasul…Wahai Nabi,
katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di
dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah
dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]
Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah
aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama
kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah
aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari
cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut
malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??
Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta
Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan
angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih….
Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih
terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak
mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai
hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan
doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia
menghadapinya kelak…. bersabarlah…..