
- Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah
yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah
mengecapi nikmat Iman dan Islam. Cuba perhatikan di sekeliling kita,
adakah ikhwah/akhawat kita sekarang merupakan kawan sekolah rendah kita
dulu? Adakah juga kenalan sewaktu sekolah menengah dulu? Kalau diri
saya, jawapannya ‘tidak ada’. Kawan seuniversiti, Insya Allah ada,
tetapi, thabatkan kita dalam menelusuri bait-bait perjuangan Rasulullah
ini? Personally, ana rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini
kerana ana sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan,
status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak. Tetapi, ia adalah
kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul
tanggungjawab ini. Jadi, nikmat ini tidak perlu dipandang rendah atau
diperlekehkan. Saya perlu bekerja keras untuk menjaga dan memelihara
nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan saya dan
keluarga saya.
- Saya mengenali jalan dakwah ini semenjak di bangku sekolah menengah
lagi. Alhamdulillah sehingga kini, masih berada dan bersama
ikhwah/akhawat dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini. Dan harapan
saya, agar ianya kekal sehingga kematian menjemput saya nanti. Amin.
Dalam tempoh lebih kurang 10 tahun ditarbiyyah dan berdakwah ni, banyak
pengalaman yang ditimba, ilmu yang dipelajari dan tidak lupa juga
pelbagai mehnah dan tribulasi telah saya tempuhi, ada kalanya saya
Berjaya melawannya dan ada kalanya saya kalah pada cabaran dan emosi
dalam menghadapinya. Namun, bila menyedari hakikat ini, saya rasa tidak
sepatutnya saya meninggalkan jalan ini dek kesibukan bekerja sebagai
Houseman ataupun disibukkan oleh anak kecil yang kian membesar dan ianya
juga menuntut perhatian yang lebih dari si Ibu. Kenapa ujian yang
datang ketika ini tidak mampu saya tangani? Patutkah saya menggadaikan
keringat, masa dan wang ringgit yang telah saya laburkan 10 tahun yang
lalu demi cabaran hari ini? Jawapan saya, memang tak patut, dan oleh
itu, walau apa pun cabaran dan masalah yang melanda diri, keluarga dan
karier, Insya Allah, saya akan terus bersama ikhwah/akhawat dalam
perjuangan ini.
- Saya tak dapat bayangkan kehidupan saya dan keluarga jika tiada
tarbiyyah yang mewarnainya. Rasa ‘plain’ je hidup ini jika tak ada input
tarbiyyah. Mesti hanyut dalam ragam manusia hari ini yang berkiblatkan
barat dan semakin jauh dari nilai-nilai Islami. Nau’uzubillah. Dan
dengan kesedaran itu saya perlu thabat dan bekerja keras lagi mengajak
insan-insan di luar sana untuk bersama-sama di dalam medan dakwah dan
tarbiyyah ini. Sebab, dengan jalan inilah,terbukti mampu membawa
seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betul, bekerja itu pun
merupakan ibadah, mesti diganjari pahala. Tetapi, setakat mana bekerja
itu ibadah sedangkan di dalam hati asyik merungut dan rasa diri bagaikan
dipaksa-paksa bila di beri jadual oncall every other day? Susah bila
diri tidak intima’ dengan jemaah. Hati selalu dikotori oleh sikap nafsu
yang rakus dan dunia dijadikan tujuan yang utama dalam kehidupan kita.
Sebaliknya, bila berada dalam system tarbiyyah, wajib hadir usrah sebab
di sana, Insya Allah, akan membersihkan hati-hati yang dikotori oleh
nafsu dan hubb dunia.
- Semasa di IIUM Kuantan dulu, ketika di tahun satu pengajian, saya
teramat aktif dengan persatuan dan yang kemuncaknya saya merupakan salah
seorang pelopor penubuhan Volunteer Team. Pantang ada kelas/kuliah
agama, pasti saya luangkan masa untuk menghadirinya. Tetapi akhir 2007,
bumi Kuantan menyaksikan perubahan pada diri saya, yang mana saya mula
memahami kehidupan dan karakter dai’e ila Allah setelah menghadiri
Seminar Belia Islam Nasional anjuran PEMBINA di Negeri Sembilan. Itulah
turning point bagi saya yang mana setelah itu, saya hanya focus pada
ISMA dan PEMBINA. Saya ambil keputusan sebegini kerana saya faham akan
kebenaran di jalan dakwah ini. Apa yang perlu dirungsingkan, bergiat
aktif dalam jemaah tidak semestinya merencatkan potensi bakat dan
kepimpinan yang saya ada. Malah, ianya terus digilap dan diperhalusi
sehingga kini. Dan di situlah advantage yang saya nampak jika terus
bersama jemaah. Jika aktif dalam persatuan di uni, sehinggakan sibuk
dan tak sempat untuk menghadiri program jemaah, tetapi kini, saya dan
kawan-kawan sudah bergelar graduant. Sudah jauh ditinggalkan persatuan
di uni. Dan sekarang ada apa? Adakah bakat yang ada terus digilap? Atau
ianya hanya disimpan dalam bentuk certificate untuk tatapan anak-anak
nanti?
- Bergelar seorang doktor dan yang semestinya bertugas di hospital
menjadikan diri seseorang tidak mengenali dan tidak mengamalkan
nilai-nilai islami. Memang logic jika difikirkan kebenarannya, kerana
seorang doktor berpeluang belajar dan arif dalam bidang kedoktorannya.
Tetapi, perlukan extra time untuk mendalami ilmu-ilmu kejiwaan dan
ukhrawi. Apatah lagi bila si doktor itu sudah berkeluarga, perlu
menuntut masa yang lebih dalam mendalami ilmu rumah tangga dan juga
mendidik anak-anak. Dan di sini, tahniah kepada ISMA kerana
meng’offer’kan pakej yang lengkap untuk diri saya, zaujiy habibi dan
juga zuriat kami. Sebab ISMA ada biro wanita dan kekeluargaan, NAZIM,
KRIM dan PEMBINA. Semua lengkap untuk membina generasi harapan. Dan
dengan itu, saya tidak sepatutnya mempersiakan peluang yang ada di
hadapan saya ini kerana mengajar sesuatu yang belum pasti saya dapat.
- Antara tujuan saya berdakwah adalah untuk melihat dan mendidik
bangsa saya khasnya supaya betul-betul beriman kepada Allah, yang mana
melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Cita-cita saya supaya Islam itu berada dalam diri setiap insan di dunia
ini, bukan hanya dipertuturkan di tepian bibir atau pun dipijak-pijak
oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Biarlah Islam itu mentadbir
seluruh alam ini. Ingin saya atau pun generasi sesudah saya mengecapi
dunia islami sepertimana pada zaman Rasulullah, khulafa’ ArRasyidin,
zaman Uthmaniah dan juga Zaman Abbasiyyah. Rindu untuk berada pada zaman
kegemilangan islam seperti dulu. Dan realitinya kini, ummat makin jauh
dari nilai-nilai islami. Zina, sumbang mahram, arak, mendedahkan aurat
dan sebagai amat berleluasa kini. Umat hari ini sudah tenat dalam
penyakit hati yang dihidapinya. Walaupun sudah tenat, tetapi umat hari
ini tidak sedar yang hatinya berpenyakit. Itulah bahayanya arus yang
melanda umat kini. Dan sebagai seorang ibu, saya risau, jika umur
pendek, adakah zuriat saya kan berada dalam keadaan sama atau pun lebih
teruk lagi dengan masalah sosialnya? Nauzubillah. Dan dengan itu, saya
perlu jadikan dakwah ini sebagai core bisnes saya supaya generasi akan
datang mampu mengecapi kemanisan iman dan aman d bawah pentadbiran
berasaskan syariat Islam.
“Ya tuhan kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah
kepada kami rahmat di sisi engkau , kerana sesungguhnya engkaulah Maha
Pemberi Kurniaan” (Ali Imran:8)