Ayat-ayat puasa ini (al-Baqarah : 183,184,185, 186 dan 187) diterangkan begitu rupa dengan penggunaan gaya bahasa yang amat menakjubkan. Semuanya digambarkan dengan kata-kata yang lemah lembut, jernih dan indah dengan penggunaan gaya bahasa yang merangsangkan pembaca dan pendengar untuk mengerjakan perintah tersebut.
Allah S.W.T. memulakan dengan kata seruan yang amat digemari oleh semua orang-orang Islam iaitu :
yang berarti : “ wahai orang-orang yang beriman ”.
Kemudian disertai dengan suruhan agar umat Islam berpuasa sebulan di bulan Ramadan, tetapi dinyatakan bahawa ibadat ini bukan perkara baharu kerana telahpun dilaksanakan oleh umat-umat terdahulu :
ÙƒَÙ…َاْ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ْ الَّذِÙŠْÙ†َ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ
Artinya : “ sebagaimana mana difardhukan ke atas umat terdahulu ”.
Kemudian diikuti oleh kata-kata perangsang seterusnya dengan lafaz :
Artinya : “ hanya beberapa hari yang tertentu sahaja ”, iaitu bukannya difardhukan sepanjang umur dan sepanjang masa iaitu hanya 29 atau 30 hari sahaja berbanding dengan 360 hari dalam satu tahun.
Seterusnya ayat berikut ialah ayat-ayat yang memberi pengecualian kepada sesiapa yang sakit, berada dalam keadaan musafir, perempuan hamil, mengandung, tua dan sebagainya untuk berbuka sama ada dengan gantian atau membayar fidyah. Begitu juga walaupun dikehendaki berpuasa pada siangnya, tetapi dibolehkan untuk makan, minum dan melakukan persetubuhan suami isteri pada malamnya seperti biasa ( Abdul Wahid al-Wakil : 1997).
Satu galakan untuk menunaikan fardhu puasa bagi umat Islam ialah puasa tersebut dilakukan dalam bulan Ramadan iaitu bulan yang diturunkan al-Quran dan kenyataan rahmat Allah dalam taklif puasa serta kemudahan yang diberikan :
yang berarti : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran ”.
Ayat ini dapat menerapkan ke dalam jiwa seseorang muslim perasaan lapang dada dan tidak merasakan sebarang keberatan dan kerumitan dalam melaksanakan ibadat tersebut.
Satu lagi ayat yang amat menarik, satu ayat yang mencurahkan ke dalam hati orang yang beriman kelembutan, kemesraan, kerelaan, kepercayaan dan keyakinan iaitu sambutan doa daripada Allah S.W.T. yang memberikan jawapan secara langsung kepada hamba-hamba-Nya, tanpa sebarang perantaraan ( Sayyid Qutb : 2000 ):
Artinya : “ Aku Amat dekat ”.
Apa yang paling menarik perhatian ialah di akhir ayat 183 dan 187, ayat suruhan berpuasa ini diungkapkan pula faedah atau hikmah berpuasa dengan hanya menggunakan perkataan yang paling ringkas dan padat iaitu :
Yang berarti : “ supaya / mudah-mudahan kamu bertakwa ”.
Jadi matlamat agung daripada ibadat puasa ini ialah untuk mencapai darjat takwa sebagaimana dapat difahamkan daripada ayat di atas. Takwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika seseorang mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan-Nya. Ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai takwa dan salah satu jalan yang boleh menyampaikan kepada takwa ( Sayyid Qutb : 2000 ).
Takwa adalah satu perkataan yang amat mudah untuk disebut tetapi dari segi pengertiannya amat luas sekali. Pelbagai ulasan dan komentar dibuat oleh para ulama dalam mengaitkan sifat takwa dengan puasa. Antaranya ada yang menegaskan bahawa puasa ialah untuk mencegah diri dan jiwa daripada penyakit dan kerosakan akhlak akibat nafsu yang tidak terkawal. Penegasan ini dibuat berdasarkan kepada setiap perkataan atau perbuatan yang dihasilkan untuk mencegah kejahatan dan memelihara diri daripada terjerumus ke lembah maksiat boleh diertikan sebagai takwa.
Sebenarnya perkataan takwa banyak diungkapkan di dalam al-Quran yang mempunyai berbagai versi maknanya seperti makna pemeliharaan dan pencegahan. Takwa juga sebagai pemelihara daripada api neraka. Takwa ialah sebaik-baik bekalan yang digunakan oleh manusia di dunia dan akhirat. Takwa ialah pembuka jalan ke arah kemudahan sesuatu urusan. Takwa juga adalah penghapusan dosa dan sebagainya.
Oleh sebab itu, benarlah sebagaimana dinyatakan oleh Allah S.W.T. mengenai takwa yang dirujukkan kepada hikmah berpuasa. Jadi takwa akan terhasil daripada puasa atau amalan-amalan lain yang dilakukan berada di satu makam yang paling mulia dan tinggi pada pandangan Islam ( Mustapha Ab. Rahman : 1964 ).
Walau bagaimanapun, Allah S.W.T. mengungkapkan puasa dengan takwa menggunakan perkataan ( لعل ) yang bererti “ mudah-mudahan ”. Di sini membawa erti bahawa amalan puasa yang dilakukan tidak dapat dipastikan sama ada ia akan membawa kepada takwa atau sebaliknya kerana puasa juga ada syarat - syarat yang mesti diikuti bagi menjamin kesempurnaannya.
Bolehlah diumpamakan puasa itu sebagai tanaman yang ditanam di tanah yang telah siap dibajak. Penanamnya (orang yang berpuasa) boleh sahaja mencampakkan benih ke tanah dan ditinggalkan tumbuh layu begitu sahaja, tetapi dia juga boleh menyirami, membajai dan menjaganya sehingga mengeluarkan hasil yang banyak ( Abdul Halim Mahmud : 1993 ).
Begitu tinggi sekali ganjaran dan hikmah berpuasa yang diberikan oleh Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang menunaikannya. Tidak hairanlah, ibadat puasa dalam Islam merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah bin Omar Al-Khattab r.a. :
بُÙ†ِÙŠَ الإسلامُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ : Ø´َÙ‡َاْدَØ© أنْ لا إله إلا الله وأنَّ Ù…ØÙ…داً رَسُولُ الِله وإقام الصَّلاةِ
وإيتَاء الزَّكاةِ ÙˆØØ¬ّ البيتِ وصَÙˆْÙ… رَÙ…َضَان
Maksudnya : “Islam itu dibina atas lima rukun, penyaksian tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, naik haji dan puasa pada bulan Ramadan”.
( H.R. Al-Bukhari & Muslim )