Allah
menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina. Setelah dikandung
sembilan bulan di dalam rahim ibunya, maka lahirlah jasad manusia ke
muka bumi. Walau asalnya dari setitis air mani yang hina, maka jadilah
ianya pelbagai bentuk dan wajah manusia yang hidup di mukabumi. Dari
setitis air mani yang hina inilah lahirnya para doktor yang berusaha
mengubati penyakit. Lahirlah para arkitek yang mampu mereka bangunan
yang mencakar langiut. Lahirlah guru-guru yang mendidik. Tidak lupa juga
kita ingin sebut, lahir juga manusia-manusia yang tidak senang dengan
kebenaran sebaliknya lebih berselera dengan kemungkaran dan maksiat.
Walaupun
pelbagai wajah manusia yang lahir didunia,hina atau mulianya manusia
disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanannya kepada Allah.
Andainya iman yang dimiliki oleh seseorang itu mantap, disitulah kasih
sayang dan rahmat Allah ke atasnya walaupun dia hanya seorang penoreh
getah. Andainya keimanan yang dimilikinya rapuh, disitulah letaknya
kemurkaan Allah walaupun dia menguasai empayar perniagaan berbillion
dollar.
Apakah
takrifan iman ? Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati,
diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya. Apabila
seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya,
mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah
diyakini. Inilah iman. Timbul pula persoalan. Ada hadis yang menyebut
"mukmin yang hasad dengki". Adakah mukmin yang hasad dengki ? Persoalan
ini akan saya jawab di dalam tazkirah ini.
Oleh
itu saudara dan saudari, antara cara mengenal diri ialah hendaklah kita
kenal tahap keimanan kita berada di mana ? Rendahkah , pertengahankah
atau tinggikah ? Tahap keimanan antara seseorang tidak sama. Ulamak ada
menggariskan tahap keimanan ini kepada beberapa peringkat. Dalam
tazkirah ini, saya hanya ingin memperkatahkan 3 tahap dalam keimanan.
Tahap
pertama ialah Iman Taqlid. Apakah iman taqlid ? Iman taqlid ialah iman
ikut-ikutan. Atau lebih kita kenali sebagai "Islam baka". Mereka tahu
adanya rukun iman, tetapi hanya sekadar tahu tetapi tidak meyakini.
Orang ditahap iman taqlid ini, Islamnya tidak kukuh. Tidak ada prinsip.
Dia tidak ada sandaran atau alasan atau dalil yang kuat, mengapa dia
wajib beriman.
Kalau dia ditanya : " Adakah engkau beriman ?"
Jawapan yang akan diberikan ialah : "Ya saya beriman."
Kalau ditanya pula : "Apakah bukti Allah itu wujud ?"
Jawapan yang akn diberikannya ialah : "Semua orang kata Allah itu wujud, maka wujudlah Allah"
Sandaran
keyakinannya adalah pada kata-kata orang, bukan pada dalil akal dan
dalil Al Quran. Dia beriman dan berkeyakinan tanpa ilmu. Keimanan tidak
teguh dan rapuh. Mudah goyah dan mudah dipesongkan oleh anasir-anasir
yang memperjuangkan kesesatan dan kemungkaran.
Orang
yang beriman taqlid ini, bukan saja keyakinan kepada rukun iman tidak
mempunyai sandaran yang jelas oleh ilmu tauhid. Disebabkan kecacatan
dalam berkeyakinan ini, maka dirnya juga tidak berprinsip.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sering bercanggah antara sattu sama
lain. Dia tidak mampu membuat pertimbangan antara yang hak dan yang
bathil. Dia tidak tahu menggunakan ilmu syariat untuk menghisab diri
sendiri dan peri laku masyarakat. Maka amat mudahlah orang yang beriman
taqlid ini bukan setakat menyesatkan diri emreka sendiri, malahan juga
menyesathkan orang yang mengikutinya. Maka persoalan "mukmin yang hasad
dengki" sudah pun terjawab. Mukmin yang hasad dengki ialah orang yang
berada pada tahap iman taqlid. Mereka hanya tahu Allah itu tuhan, mereka
hanya tahu syurga dan neraka itu ada. Tetapi tidak yakin. Sebab itu
mereka boleh anggap, dosa kecil laksana seekor lalat yang hinggap di
batang hidung mereka. Inilah antara tanda orang di tahap iman taqlid.
Tak rasa berdosa dengan dosa yang telah dilakukan.
Mengikut
qaul yang paling jelas oleh ulamak-ulamak yang mebahaskan ilmu tauhid,
aqideah orang yang berada di tahap iman taqlid adalah tidak sah. Segala
amal ibadahnya tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah. Untuk
memperbaiki mutu dan tahap keimanan di peringkat taqlid, seseorang itu
wajiblah menuntut ilmu Fardhu Ain. Hal ehwal keimanan dibahaskan dalam
juzuk ilmu tauhid. Maka wajiblah dia mempelajarai, memahami, meyakini
dan mengamalkan ilmu tersebut bagi dia memperbaiki mutu dan tahap
keimanannya kepada Allah. Andainya dia mati dalam keadaan tidak
bertaubat dan tidak berusaha untuk menuntut ilmu, maka ulamak sepakat
mengatakan bahwa matinya saling tak ubah bagai matinya seorang yang
bukan Islam.
Namun,
kepada seseorang yang terlalu bodoh dan jahil. Walau dia telah berusaha
untuk menuntut ilmu berhubungkait dengan keimanan, tetapi masih juga
tahk boleh nak faham dan yakin, ulamak bersepakat mengatakan sah imannya
ettapi dengan syarat, keyakinannya mestilah jazam (putus atau mutlak).
Tahap
iman kedua ialah Iman Ilmu. Orang yang beriman taqlid, setelah dia
menuntut ilmu fardhu ain. Setelah dia faham dan yakin akan ilmu yang
telah dipelajarinya, maka meningkatlah amalannya. Diri sudah sedar bahwa
setiap perlakuan didunia akan mendapat pembalasan dari Allah di
akhirat. Kalau baik amalannya di dunia, maka syurgalah yang bakal
dibalas. Jika buruk amalan di dunia maka nerakalah tempat perhentian.
Orang ditahap iman ilmu, mereka telah mempelajari akan kesemua rukun iman yang enam iaitu :
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab-kitab
4. Percaya kepada Nabi-nabi
5. Percaya kepada Hari Qiamat
6. Percaya kepada Qadha & Qadar Allah.
Beserta dengan dalil-dalil aqli dan naqlinya walaupun secara ijmal (ringkas).
Paling minima, seseorang yang berada di tahap ini mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli ke atas :
1. 20 sifat yang wajib bagi Allah
2. 20 sifat yang mustahil bagi Allah
3. Satu fifat yang harus bagi Allah
4. 4 sifat yang wajib bagi Rasul
5. 4 sifat yang mustahil bagi Rasul
6. Satu sifat yang harus bagi Rasul.
Kesemua
sifat-sifat yang berjumlah 50 ini, hendaklah difahami dan diyakini
sungguh-sungguh. Jika sudah difahami dan diyakini, barulah orang yang
beriman taqlid di naikkan tahap mutu keimanannya ke tahap iman ilmu.
Antara
sifat orang yang memiliki tahap iman ilmu. Imannya dan keyakinannya
berasas dan ada sandaran ilmu. Iktiqadnya disertai dengan dalil yang
kuat. keyakinannya tidak mudah goyah. Mereka tahu yang mana satu
kesesatan dan yang mana satu kebenaran. TETAPI, mereka tidak kuat hendak
melawan perkara-perkara yang menghalang dari beribadah. Ada empat
perkara yang menghalang seseorang untuk beribadah iaitu dunia, manusia
(fasik, munafik dan kafir harbi), syaitan dan hawa nafsu. Maka mereka
akan terus terjebak dalam lembah kemungkaran walau pun sedar perkara
yang dilakukan akan mendatangkan dosa. Mereka hanya mampu memperkatakan
tentang Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.
Kesimpulannya iman di tahap iman ilmu, belum lagi menjamin seseorang
untuk selamat dari kemurkaan Allah SWT. Maka orang ditahap iman ilmu
ini, perlulah berusaha lebih gigih agar tingkatan imannya meningkat.
Tahap
iman yang ketiga ialah Iman "Ayyan.Orang yang berada di tahap iman
Ilmu, andainya dia berusaha memperbaiki dirinya. Maka tahapnya akan
meningkat ke tahap iman ayyan. Antara ciri orang yang memiliki tahap
iman ayyan ialah :
1.
Keyakinannya bertempat di hati dan bukan diakal. Dia yakin dan terasa
akan adanya malaikat yang melaporkan dan menulis setiap tingkah laku dan
perkataannya. Dia sedar dan terasa, seandainya dia melakukan dosa, dia
terasa bagai telah melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan
"Kekasih"nya yang tercinta. Hati dia terhiris pilu. Sentiasa wujud
hubungan hati antara dia dan Allah. Jangankan hendak buat dosa besar,
dosa kecil pun dia benci. Jangankan dosa kecil, perkara yang makruh dan
syubahah pun dia akan tinggalkan. Tak seperti kita, yang mengaku
pejuang Islam. Tapi dosa kecil yang berlaku, kita usahakan cari alasan
untuk menghalalkannya.
Ibadah
orang ditahap iman ayyan meresap jauh ke lubuk hati. Dia sentiasa
merasai kebesaran Allah. Sentiasa merasai diawasi oleh Allah, sehingga
dia sering menghisab dosa-dosa yang dilakukannya dan sering bertaubat.
Dia sentiasa merasa diri dia berdosa. Sebab rasa diri berdosa itu adalah
rasa kehambaan. Sebagai hamba , memang sewajarnya kita merasakan diri
berdosa agar kita tidak berani melakukan sebarang dosa. Di zaman kita
sekrang dah lain. Orang lebih suka mengurangkan rasa berdosa, bukannya
mengurangkan dosa. Sepatutnya kita kurangkan dosa, bukannya kurangkan
rasa berdosa. Jadi orang di tahap iman ayyan, dia akan sentiasa
menyucikan dirinya dengan taubat dan menghindarkan perkara-perkara yang
mengundang daki dosa dari terpalit di hati mereka.
Untuk mencapai iman ayyan, seseorang yang ditahap iman ilmu perlulah :
1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Banyakkan zikir dan munajat
4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
5.
Bermujahadah melawan nafsu. Ini akan saya huraikan apabila kita
membahaskan tentang tingkatan nafsu dalam usaha kita mengenal diri.
Jadi
saudara dan saudari sekelian. Inilah secara ringkas huraian berkenaan
mengenali tahap keimanan yang ada pada diri kita. Marilah kita suluh dan
hisab diri kita. Berdasarkan sifat-sifat yang dihuraikan tadi, di tahap
manakah kita berada. Seandainya kita berada di tahap iman taqlid, maka
berusahalah untuk menimba ilmu agar kita mencapai tahap iman ilmu.
Seandainya lita berada di tahap iman ilmu, berusahalah kita untuk
mencapai tahap iman ayyan kerana hanya iman ayyan sahaja yang boleh
menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka di akhirat
kelak